DirectoryPress installed but not activated. Please CLICK HERE and enter your license key.

DIY Kad Kahwin


card copy

Mula dengan proses merekabentuk design dan layout kad kahwin. Ambil masa yang agak lama jugak lah nak menyiapkannya.

Dari kiri : 1. Gambar asal.

2. Selepas di edit guna Adobe Photoshop 7.0

3. Design rujukan.

4.5.6.7. Proses metamorfosis kad selepas melalui pelbagai peringkat suntingan.

8. Design akhir.

 

 

prewed 017

Taa daaa!! Selepas dihantar untuk printing kat kedai Kanda Dinda pada harga RM 0.90 sekeping. Nak senang, tempah online je. Bagi bakal pengantin sekitar KL, boleh jugak datang dan tengok sendiri koleksi kad kahwin yang ada secara live kat Bandar Puteri, Puchong.

Syarikat orang Melayu ni. Highly recommended! Macam-macam ada!

 

prewed 018

Pakej siap sekali dengan customised envelope. Tapi, takde lah semua kad kahwinaku pulun tempah printing sini. Bankrap oi. Selebihnya, print sendiri guna kertas A4. Dah kata pun kahwin bajet, kan. Berjimat lah selagi boleh.

 

 

save3

Satu lagi cara nak berjimat. Manfaatkan segala bentuk teknologi canggih yang ada sekarang ni. Ini kad jemputan virtual ataupun e-kad kahwin untuk di attach kat email, blog, friendster dan MMS. Pun buat sendiri terkedek-kedek guna Photoshop.

 

none 023

Lepas habis majlis, kalau masih ada saki baki kad kahwin, jangan buang, tau!

Boleh recycle. Contohnya macam ni haa. Jadikkan sebagai kad ucapan untuk ditepek atas kotak hadiah kahwin sepupu masa dia kahwin bulan lepas. Gigih aku liquid tarikh kahwin kat kad tu bagi tinggal nama je. Biar lah nampak over tepek muka kamu laki bini kat hadiah kahwin orang lain. Asalkan jimat, dek non :p

 

Macam mana kalau tak pandai guna Photoshop?

Tak kreatif pulak?

Jangan risau.

 

Zaman sekarang makin mudah. Semua benda dah sedia ada. Tinggal nak mencarik je kat mana. Ni ada satu lagi cadangan berguna. Pergi kat laman web Easy Kad Kahwin. Tapi, kena melabur duit sikitlah untuk dapatkan software untuk buat kad kahwinsendiri. Tak mahal pun. Nak guna pun sangat mudah. Ada banyak pilihan templatesedia ada. Yang kerawang awan larat, bunga-bunga, sebut je nak apa. Tinggal nak editikut citarasa masing-masing.

 

Lagipun, ia sangat berbaloi untuk kegunaan jangka masa panjang. Kamu boleh buatkankad kahwin untuk adik-adik pulak ke lepas ni. Takpun, boleh bukak bisnes kad kahwin sendiri. Siapa tahu, kan? Kalau kat kedai, upah design art work bagi kad kahwin customised dah boleh cecah sampai RM 50 tau.

 

Lain-lain laman web kad kahwin online yang dicadangkan:

KadKahwinku.com

Jentayu Design

KadLawo.com

eKadKahwin.com

Walimah.net

 

Cukuplah.

Takkan nak list kan satu Malaysia punya galeri kad kahwin kot. Ini pun direktori yang ada dalam simpanan je. Buat rujukan satu masa dulu. Mungkin kamu ada suggestionkedai kad kahwin online yang lagi best, macam biasa lah, kongsi sama-sama kat sini, ok. Korang memang best lah!

 

IsuBUMPERKahwin : Kadang-kadang macam terkilan jugak dengan orang yang beriya-iya mintak kad kahwin, lepas tu tak muncul pun kat majlis kita. Bukannya apa, buat kad ni pun melibatkan sebahagian besar kos perkahwinan. Jadi, berpada-padalah. Dicadangkan, hantar kad kat orang yang betul-betul rapat dan boleh meluangkan masa untuk hadir ke majlis kita. Buat senarai siap-siap. Takdelah kita membazir sampai beribu ringgit untuk buat kad jemputan semata-mata.


Leave a Reply

Get Adobe Flash player